Hormat. Respect. | fasihah.com


March 16, 2012

Hormat. Respect.

1 perkataan yang mudah disebut, tapi tak mudah dilakukan. Bila kita bercakap, seboleh-bolehnya kita nak orang lain dengar. Bila orang lain bercakap, kita hormat dengan apa yang hendak dia sampaikan. Menjadi pendengar merupakan satu respect. Menghormati orang yang lebih tua. Menghormati ketua. Menghormati pemimpin. Nampak mudah. 


Dalam satu-satu perjumpaan, mesyuarat, perbincangan, betapa pentingnya budaya hormat ini. Betapa pentingnya untuk memberikan 1 keselesaan kepada yang sedang bercakap untuk menyampaikan. Cuma mungkin kita selalu tak sedar yang kita rupanya sedang tidak menghormati orang yang sedang bercakap dengan melakukan kerja lain.


Contoh mudah, kawan sedang bercakap di hadapan tentang perkara berbangkit, yang di belakang ada cerita lain yang lebih seronok untuk dikongsi. 


Tapi, bila rifleksi semula. Kenapa bila kita bercakap, ada yang tak nak hormat dengan memberikan peluang kita bercakap dalam keadaan yang tenang dan semua orang boleh dengar? Hukum pantulan. Jawapan yang sangat tepat.




Kalau kita sendiri tak nak hormat orang, ada orang nak hormat kita? Kalau kita pakai baju warna biru, tengok cermin, ada ke baju tu bertukar jadi coklat? Simple. What you give, you get back.

Selalu selalulah kita pantulkan diri kita sendiri di hadapan cermin. Pantulan yang bagaimana agaknya kita?

Kita mungkin marah bila orang tak mahu menjadi pendengar setia, tapi pernahkah kita jadi pendengar yang setia?


Kita mungkin sedih bila tiada orang peduli kita bercakap, tapi pernahkah kita peduli bila kita bercakap tatkala orang lain sedang berbicara?


Ada pula, orang persoalkan, dunia ini tidak adil. Tapi pernahkah dia persoalkan pada diri kita sendiri, adilkah kita? Pada Allah, pada diri kita sendiri, pada masyarakat sekeliling?


Insan. Pelupa? Saya pun, tergolong juga. Tapi, kalau bukan kita yang buat, kenapa perlu mengharap orang lain buat untuk kita? Kita mahu orang menjadi pendengar yang baik, tak lain, kita sendiri seharusnya yang lebih utama untuk jadi pendengar yang baik!


Nah! Itu, law of reflection. Belajar sains bukan untuk dapat A sahaja. Tak macho lah kalau belajar straight A's semedang, tapi tak tahu nak aplikasi dalam kehidupan kan? :)


Apa tunggu lagi? Jom, mula daripada hari ini. Treat others as how you wish to be treated! May Allah bless us :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

kiwi said...

betul hormat tu penting..respect others if u want others respect you..tpi skrg bile pangkat lebih sikit je dh x hormat org bwh..pdhl ilmu bru setahun jagung..em..sabar jela

senyumSOYA said...

menghormati utk dihormati ^^

Anum said...

anum pengang satu prinsip
kalau org hormat kita, kita juga harus menghormati org

aamalinaazman said...

aiiiiii likeee dissss
pape pon kene mulakan dr diri
respect diri
respect org lain
insyaAllah org akan respect kite ;)

Unknown said...

Stuju konsep pantulan tu

n.u.k.i.l.a.n said...

macam mana kalau..kita hormat kat orang, buat baik (maybe).. bertolak ansur.. tapi bila orang tak dapat nak hormat kita, malah meninggi suara dengan kita..maka..rasa hormat saya termasuk kaum kerabat sahabat andai dan serupa dengan dia..hilang rasa hormat tu.. saya menjadi semakin tak de perasaan.. uikss.. rindu saya yg dulu =(