Showing posts with label Nur Kasih The Movie. Trailer Movie Nur Kasih. Show all posts
Showing posts with label Nur Kasih The Movie. Trailer Movie Nur Kasih. Show all posts

May 20, 2011

Nur Kasih The Movie 2011 | 19 Mei 2011 | Ost Nur Kasih | Trailer Nur Kasih

Assalamualaikum to all my beloved readers! Ladies comel and gentleman cool! hihi Hari ini 19 Mei 2011 lah! Apa lagi? Orang sibuk dengan Remy Ishak, Tiz ye? So apa review filem ni?




Sesiapa yang pergi serbu wayang hari ini, story lah sikit-sikit kan? Review, kot-kot tak berapa hot macam drama dia, tak dan lah ai nak pi tengok. hihi Barisan pelakon Nur Kasih The Movie ialah Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi.


Ada Mia lah, si comel. mesti best.. eh, iye ke? Tak tahulah nak pi tengok bila. Durasi cerita ialah 90 minit. Kabir Bahtia sebagai pengarah movie tersebut.


Sinopsis

Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.

Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.


Pengharapan

Semoga cerita ini dapat memberikan nilai-nilai yang baik untuk ditonton. Bukan cerita cinta semata-mata. Andai anda ingin menontonnya, tontonlah dengan mata hati untuk mendapat apa yang cuba disampaikan. Bukan memandang mata kasar untuk melihat kehandsoman Remy Ishak dan kecunan Tiz sahaja. ;)



Trailer Movie Nur Kasih


Ost Nur Kasih


Have a nice Thursday! Selamat menonton bagi yang ingin pergi menonton hari ini. :)



Updated!

Untuk review filem ini, boleh baca di REVIEW FILEM [dot] com

TERIMA KASIH SUDI BACA^^