Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

November 3, 2011

Menarik : Cano Crystals - Sungai 5 Warna

Morning people! I want to share one of the interesting place in this world. Subhanallah...


Cano Crystals yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia. Keunikkan sungai ini ialah air sungai ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau. Ia dikenali sebagai River of five colours.

 
Sebab kenapa warna air berubah ialah kerana sungai ini dipenuhi pelbagai alga tetapi air sungai ini tetap jernih. Untuk datang ke sini, anda perlu mahir menunggang kuda kerana ia satu-satunya jalan untuk kesini. Wah, hebat sekali kan ciptaan Allah S.W.T


Jom tengok gambar!










 Sumber gambar : Google


Cantik kan?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 17, 2011

7 Benda Paling Popular Orang Malaysia Bayar Melalui Internet

Assalamualaikum to all my beloved readers! Morning! Happy holiday to all Malaysians! hehe seronoklah na cuti hari ni. hihi So kali ni, fasihah.com hendak berkongsi, apakah perkara yang selalunya orang Malaysia membayarnya secara online.


  1. Travel -- Rm435mil (24%)
  2. Bill payments -- RM329mil (18%)
  3. Entertainment and lifestyle -- RM255mil (14%)
  4. IT and electronics -- RM218mil (12%)
  5. General insurance -- RM205mil (11%)
  6. Fashion and beauty -- RM181mil (10%)
  7. Gifts and collectibles -- RM68mil (4%)

Itulah bendanya. Travel memang online lah selalunya kan? Sebab kita pun selalu booking flight online. Sebab itu yang paling banyak. Hanya sebagai informasi. :)





Sumber : The Star

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 8, 2011

Kehidupan Dan 3K

Assalamualaikum semua. Terasa sangat penat hari ini. Mata berpinar-pinar. Hari ni apa aktiviti kalian? Sibuk tak? Ada sesiapa yang dah pergi Choc Fair 2011? Kalau dah pergi boleh share cerita. Oklah. FS nak pergi training. FS nak kongsi 1 artikel I luv Islam ni. "Kehidupan dan 3K" Bukan 3 kilo, bukan 3 ribu. Tapi 3 apa?

Hidup kita pasti berputar antara huruf "K". Dari kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Sekadar amik 3K sahaja.Mungkin ramai penah mendengar 3K. Sebutan yg sama tetapi berlainan tafsiran.3K yang biasa didengar berkaitan pertandingan "Kebersihan ,Keceriaan & Keselamatan" di peringkat sekolah.

Fasa hidup ini pasti akan melalui 3K.

Zaman kanak-kanak

KERIANGAN  -  kanak-kanak kesemuanya akan bersuka-ria dalam kehidupan mereka tanpa ada rasa sedikit kerisauan.

KESUKAAN  -  Mereka bebas melakukan apa saja yang disukai.

KASIH SAYANG  -  umur sebegini amat memerlukan kasih sayang. Mereka akan melakukan sesuatu supaya penumpuan ibubapa kepada mereka. Jika ibubapa tidak memberi tumpuan, mereka merasakan diri mereka tidak lagi disayangi. Umpamanya, tatkala mereka baru mendapat adik. Pastinya ibubapa lebihkan adiknya berbanding diri mereka.Waktu sebeginilah mereka merasakan disisihkan.

Zaman Remaja

KAWAN- Usia remaja merupakan usia mencabar. Segala-galanya adalah kawan. Usia sebegini adalah usia untuk memperbanyakkan kawan segenap usia bagi membolehkan dirinya dianggap sudah dewasa. Kata-kata dari kawan lebih dituruti daripada kata-kata orang tua atau daripada ibubapa. Usia remajalah, ramai yang terjebak dalam kancah dadah, lepak, pil khayal, hedonisme dan lain-lain. Jika tersalah memilih kawan. Itulah padahnya. Jika bijak memilih kawan, pasti, ia akan membantu ke arah kejayaan.

KETAHANAN  -  Usia remaja, ramai remaja menunjuk ketahanan mereka di jalan yg salah. Mereka menunjukan ketahanan mereka di jalanraya dengan merempit. Parut-parut luka itulah tanda mereka mempunyai daya ketahanan dan lasak. Ketahanan yang sebenar adalah kemampuan menangkis ajakan jahat yg boleh membawa kepada kebinasaan. Ketahanan yang tidak kenal penat demi mencapai kejayaan .

KERJASAMA  -  Kerjasama didalam sesuatu hal boleh dilihat seusia begini. Kerana daya juang yang tinggi. Tak mengenal erti kalah. Seiring dengan darah muda. Amat bermakna jika kerjasama ini di dalam menongkah arau pengajian sehingga menara gading. Akhirnya sama-sama mengecap kejayaan yang diimpikan.

Zaman Dewasa

Selepas mengecap kejayaan di alam pengajian. Kita akan teruskan perjalanan hidup ini dengan "K" yang seterusnya.

KERJA  -  semua orang akan mencari kerja selepas letih berada di alam persekolahan atau selepas berjaya mendapat skrol. Cuma berbeza, sama ada bekerja di dalam kerajaan, swasta atau sendiri. Pastinya permulaan bekerja,kita akan menggunakan segenap penjuru bantuan dari keluarga.sama ada dari segi kewangan atau material. Selepas berjaya mengatasinya.

Kita akan berhajat untuk membeli KENDERAAN sendiri bagi memudahkan urusan seharian samada ia motosikal atau kereta.

Apabila kehidupan stabil, pasti kita berhajat untuk mempunyai KEDIAMAN sendiri.

Tatkala 3K tersebut tercapai.Kita akan berselesa untuk meneruskan langkah seterusnya di dalam menyempurnakan alam kehidupan ini dan mengharapkan kembalinya kita kelak sebagai Hamba yang diredhai.

"Hai jiwa yang tenang tenteram (muthmainah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai! Masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

(Al-Fajr: 27-30)
Sumber: di sini

p/s: Bila fikir-fikir balik. Ada benarnya. Nampak kan, bila manusia semakin dewasa, memang kita perlukan kerja, kenderaan dan kediaman untuk terus hidup.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 27, 2010

Kitab Ini Bahaya





Selamat petang. Tadi berblog walking, ada 1 blog yang hebat nie beritahu tentang kitab kat ata ni. Tq Airul!

So, kalau nampak kitab kat atas tu,jangan ingat ayat Quran ye, ni Bible... Jangan sampai teringin nak beli pula, kalau diberi percuma pun tak perlu lah kan..

Ni kata Airul..


Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.
 
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................
Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay "(Terus reject)
 
Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran.......sebenar ayat Bible.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 28, 2010

Baru tahu! Blog pun ada berat jugalah.

[ Credit ]

Anda sudah tahu?
Blog ni pun ada penimbang tahu?
Aku baru tahu.

Thanks a lot sis atikaahmadiah

Jadi, blog korang berat ke ringan?
Aku prefer ringan lah.
Kalau berat, bila internet tak laju, lambat loading.
Tadi aku blog walking, ada jumpa 1 blogger dia marah bila buka blog lambat loading.
Kadang-kadang kita tak tahu orang lain punya line elok atau tidak.
Apapun, terpulang kepada masing-masing punya ciatarasa lah kan.
Senyum sambil Kenyit Mata.

Kalau nak cuba timbang berat blog, boleh pergi sini

[ mula-mula masukkan URL blog anda dan klik Checked! ]
[ ini berat blog aku, agak berat lagi ni. nanti nak cuba kurangkan bawah dari 100 KB :) ]

Masa mula-mula timbang, berat juga. Aku buanglah mana yang tak perlu, kurang sikit.
Selalunya yang buat blog ni berat widgets, lagu. Sekarang baru aku faham, kenapa bloggers yang popular tak banyak widgets and benda yang tak berapa penting dalam blog.

Tapi kan, tapi kan. Cuba kongsikan bagaimana nak buat blog ni cepat loading nya.
Korang tengok blog aku ni kan, cube korang beritahu apa yang patut dan tak patut.

Kalau orang dah excited dengan tajuk entri yang diiklankan. Tiba-tiba, bila klik link tersebut, lambat pula loading nya. Kan buatkan orang patah hati tu. hehe

p/s. Thanks to sis atikaahmadiah again for the followers award ya! ;)




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 27, 2010

Things that I must know before buying a laptop

[ Credit to Inche Google ]
As a student, Laptop is an important things which every students basically own it. However, my lappy just broken down for 2 times. How sad. I am just using it for about 2 and half years. Sad and sad. It is a gift from my parents before entering University.

[ How sad, what can I do? ]
So, I decided to see other computer engineer. For the first time broken down, I have sent it to the shop. What's the problem? He said, motherboard. He told me, even if I repaired it, it cant last long. Most of his customers, using the same brand with me, same problem; that's what will happen.

So, this time around. I went to another shop. I just want to know the solution from another engineer. So, I met Uncle SEKAI. I don't know his name. But, his shop is SEKAI. That's why I call him Uncle SEKAI. ;) 

*****

Uncle Sekai: Ya, what can I help you?
I: I just want to know what is my laptop's problem. Before this, it had broken down also. About two months ago. Now, it happens again.
Uncle Sekai: Ok. Let me see. (with showing his talent)
I: ( I just watching him did his jobs)
Uncle Sekai: You are using AMD. Wah, now, I don't use AMD anymore in this shop.
I: Why uncle? Does AMD not good enough?
Uncle Sekai: Waa, AMD is good. It can make the laptop runs faster. But, it can't cope with high temperature la. It can't cope very well with high heat. Then it will make your laptop hanked or jammed.
I: Oo I see.

*****

That's what I got from my meeting with Uncle Sekai. Thanks a lot Uncle. He also recommend me with several brand of laptop. However Uncle, I need to seek many advices to get the best one. I don't want the same thing happens again.

So, next. I emailed my MIS' lecturer. (Management Information System). He has many experience on stuff like these. He is IS (Information System) people. Mr. Yusno Yunos. Proud to be one of his student. A very nice lecturer. Wink. ;)

This is what he said.

All that really matters when you are searching for a laptop is actually your budget.  How much are you willing to spend for this new laptop?  From there I can suggest few good models.  Most of the laptops nowadays come with Windows 7 and the speed is normally fast enough for you to do you normal college work.


If you are thinking to spend anywhere between RM 2000 and RM 3000, then I'd suggest you go for either Dell or HP laptops.  They are the good mid-range models.  If you are looking for slightly better mid-range models, then go for ASUS (which is the one that I'm currently using).  I bought it for 3k 6 months ago and the specs are pretty good and quite high.  (500gb HD, intel core i5 2.27GHz, ATI radeon graphic card 1gb, 4gh RAM, Win 7 64 bit).



See? First and foremost, in terms of budget. Ya it should be the first thing to be considered isn't? In addition, it is better to have original OS.


He said,

To ensure the OS installed is original, look for the original windows sticker with serial numbers at the bottom of your laptop.  If you wanna buy Dell laptop, just buy online from www.dell.com.my to ensure you get the original OS and the right customer support for 1-3 years.  If you wanna buy it from LowYat or Digital Mall, choose a store that says Authorised Dealer.

[ Should I buy a DELL laptop? ]


So, people, what else that I must know before buy a new one? Tell me. I am really appreciate it. Thanks in advance. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 5, 2010

Hadiah 10 hari pertama Zulhijjah

10 hari pertama


Allah telah bersumpah dengan hari-hari 10 pertama Zulhijjah. Firman Allah:
“1. Demi fajar,2. Dan malam yang sepuluh,3. Dan yang genap dan yang ganjil”. 
(Al-Fajr: 1-3)
Menurut setengah ahli tafsir: “fajr” ialah fajr hari Nahar (Eidul Adha), iaitu hari haji akbar (terbesar)..”Dan malam yang sepuluh” ialah dari awal Zulhijjah dan berakhir pada hari Nahar. “Dan yang genap dan yang ganjil” ialah hari-hari Tasyrik.

Firman Allah:
“dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang Telah ditentukan”. (Al-Hajj: 28)

“Hari-hari yang ditentukan” ialah hari-hari yang sepuluh.

Firman Allah:
“Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang”. 
(Al-Baqarah: 203)

“Hari yang berbilang” ialah hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Hari-hari yang sepuluh; ialah yang melengkapkan 40 hari nabi Musa. 

Firman Allah:

“Dan Telah kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang Telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam”. 
(Al-A’raf: 146)

30 hari ialah sepanjang bulan Zulkaedah dan 10 hari pula hari 10 yang pertama Zulhijjah. Miqat nabi Musa sempurna sehingga hari nahar dan padanya juga Allah menyempurnakan agama kepada Muhammad saw.

Di dalam hadith:

“Hari sepuluh ialah hari raya Adha, yang ganjil ialah hari Arafah dan yang genap ialah hari Nahar. (Musnad Imam Ahmad: 327/3), (Shakir / Hamzah: 14448 Sahih)

Kelebihan hari-hari sepuluh

Allah SWT melebih setengah makhluk ke atas yang lain, menciptakan langit-langit dan melebihkan yang ke tujuh, menciptakan bumi dan melebihkan Ummul Qura (Mekah), menciptakan malaikat dan melebihkan Jibril, Israfil dan Mikael, mengutuskan rasul dan melebih sebahagian ke atas sebahgian yang lain…menjadikan bulan dan melebihkan 4 bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab, Allah telah memilih dari bulan-bulan yang haram ini hari-hari yang dilebihkan, di antaranya 10 pertama dalam bulan Zulkaedah.

Kelebihan amal soleh pada 10 pertama Zulhijjah

1. Sabda nabi saw:
“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai Allah dari hari-hari ini, iaitu 10 hari (10 hari pertama Zulkhijjah). Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah..Bukan jihad di fi sabillah? Jawab nabi; Ya, Jihad fi sabillah tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid)”. (Abu Daud di dalam Bab Puasa: 2438 dan Bukhari di dalam Bab Dua hari raya: 969 dan terdapat riwayat selain mereka).

2. Sabda nabi saw:
“Tiadalah hari yang lebih disukai Allah untuk beribadah kepadanya dari hari-hari 10 pertama Zulhijjah yang menyamai puasa setiap hari seperti puasa sunat dan qiam setiap malam seperti qiam pada malam lailatul Qadr”. (Tirmizi di dalam bab Puasa: 758 dan Ibn Majah: 1728)

3. Dari Hafs isteri nabi saw berkata:
“Empat amalan yang tidak pernah ditinggalkan nabi saw ialah: Puasa pada hari ‘Asyura’, hari-hari 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Nasa’i dalam bab Puasa: 2412, Ahmad: 287/6, Shakir / Hamzah: 26339 Sahih dan rawinya tsiqah)

4. Daripada sebahagian isteri nabi saw:
“Bahawa nabi berpuasa pada hari Asyura, 9 hari pertama Zulhijjah, tiga hari setiap bulan dan puasa isnin dan khamis”. (Nasa’i dalam bab puasa: 2368 dan Abu Daud di dalam bab puasa: 2437)
     Amal soleh pada hari-hari 10 Zilhijjah tidak terbatas, meliputi solat khususnya solat malam denga khusyuk, tadabbur dan murabah..puasa, sedekah, memberi makan kepada fakir miskin, berzikir, berdoa, amar ma’ruf dan nahi mungkar, bertaubat, mendidik jiwa.
     Amalam soleh pada hari-hari ini lebih afdal dari yang lain, kerana ianya termasuk hari-hari yang penuh berkat dan juga kerana ibadah pada waktu orang lalai lebih afdal. Oleh kerana itu menjadi hamba yang beribadah pada waktu ini menambahkan kelebihan ke atas hamba yang beribadah pada waktu lain.

Kelebihan hari Arafah
Arafah ialah nama tempat diadakan wuquf dan dinamakan Arafah kerana Jibril a.s berkata kepada nabi Ibrahim.. “Arafta” (Anda telah ketahui). (Ahmad: 298/1, Shakir: 2707 dan sanadnya sahih dan terdapat riwayat lain)

Kemuncak amalan haji ialah pada hari Arafah berdasarkan hadith: “Haji adalah hari Arafah..”. (Abu Daud di dalam bab Manasik: 1949 dan terdapat riwayat lain). Iaitu hari yang Allah turun ke langit dunia di mana ia menghiburkan penghuni langit menghiburkan penghuni dunia.

Kelebihan amal soleh pada hari Arafah

1. Nabi saw pernah ditanya tentang kelebihan puasa pada hari Arafah? Jawab nabi: “Kifarah dua tahun”. Nabi saw ditanya tentang kelebihan puasa pada hari Asyura’?. Jawab nabi: “Kifarat setahun”. (Ahmad: 295, Shakir / Hamzah: 22416 Sahih, Muslim 1162 dan terdapat riwayat lain)

Di dalam satu riwayat:
“Puasa pada hari Arafah pahalanya menyamai puasa selama dua tahun, puasa pada hari Asyura menyamai puasa selama setahun”. (Ahmad: 307/5 Sahih)

2. Sabda nabi saw:

“Seafdal-afdal doa ialah pada hari Arafah dan seafdal-afdal apa yang aku katakan, aku dan nabi-nabi sebelum aku ialah: Tiada Tuhan melainkan Allah semata-mata tiada yang sekutu bagiNya”. (Al-Muwatta’ kitab al-Quran hlm 188, Tirmizi di dalam ad-Dakwat: 3585)

Kelebihan hari Nahar (Eidul Adha)

Hari Nahar ialah hari di mana berlakunya ujian kepada al-khalil Ibrahim a.s dengan anaknya, Ismail. Kemudian Allah telah menggantikan gadaian untuknya dan hari di mana tercapainya perbualan kepada Musa a.s dan hari di mana sempurna agama dan lengkap nikmat untuk nabi Muhammad.
Riwayat dari Imam Bukhari bahawa seorang lelaki Yahudi berkata kepada Umar bin al-Khattab: “Wahai Amirul Mukminin, Ada ayat di dalam kitab yang kamu baca, kalaulah ianya turun di kalangan Yahudi tentulah hari itu kami akan jadikan perayaan. Manakah ayat itu? Lalu Umar membacakan:

“pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”. (Al-Maidah: 3)

Menurut Umar: Kami telah mengetahui hari dan tempat tersebut di mana turun ayat ini iaitu di Arafah pada hari jumaat”. (Bukari di dalam Iman 45, Muslim dan lain-lainnya)

Kelebihan amalan pada hari Nahar (Eidul Adha)

1. Dari Aisyah bahawa nabi saw bersabda:

"Tiada amal yang lebih disukai Allah yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Adha daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah (memperolehi pahala) sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka elokkanlah ibadah korban kamu". (Tirmizi di dalam al-Adohiy: 1493 dan Ibn Majah di dalam al-Adohiy: 3126)

2. Rasulullah pernah ditanya:

“Apakah ibadah korban ini? Jawab nabi: Sunnah bapa kamu Ibrahim. Lalu mereka bertanya lagi: Apakah kelebihan bagi kami ya Rasulullah? Jelas nabi saw: Setiap bulu adalah satu hasanah. Lalu mereka bertanya lagi: Apakah setiap bulu ya Rasulullah. Jelas nabi lagi: Setiap helai dari bulu binatang korban adalah satu hasanah”. (Ibn Majah 3127)

3. Orang yang ingin berkorban pada Eidul Adha, dilarang mengambil bulu dan kukunya pada hari-hari 10 sehingga melaksanakan korban. Di dalam hadith:
“Apabila masuk hari-hari 10 Zulhijjah dan kamu ingin melakukan korban, maka tidak dibenarkan mengambil bulu dan kukunya”. (Muslim: 1977 dan Abu Daud: 2791)
Ulamak berbeza pendapat tentang hukum larangan dalam hadith ini. Menurut Abu Daud: Haram, menurut Syafie: Makruh dan menurut Abu Hanifah dan Malik: Harus. (‘Aunul Ma’bud: 489/7 dengan rumusan yang ketat)

Berzikir semasa Hari Tasyrik
Tidak dibenarkan berpuasa pada hari Tasyrik, kerana ia adalah hari untuk menikmati makanan, minuman dan berzikir. Namun hubungan dengan Allah dan berzikir kepadanya tidak boleh berhenti. Rasulullah sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan.

Dalam sebuah hadith: 
Hari-hari Tasyrik adalah hari makan, minum dan berzikir kepada Allah”. (Muslim: 1141 dan lainnya) Ada riwayat:“..Janganlah berpuasa pada hari-hari ini, kerana hari Tasyrik adalah hari makan, minum dan berzikir”. (Kasyful Khafa: 870. Feqh as-Sunnah: Juz 1 hlm 376)

Diterjemahkan oleh:
Ustaz Suhaimi Jairi
Setiausaha IKRAM Pontian
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Oleh: Syeikh Ahmed Ahmed Jad
http://zadudduat.blogspot.com/

If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 22, 2010

10 TABIAT MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia!
Semoga sihat semua hendaknya! 
Ini artikel saya dapat melalui emel, dan ingin dikongsikan buat semu.

10 TABIAT MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK



1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.



5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.



8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.



9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikirJarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

credited to afiqah anashir =)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 16, 2009

Facebook, Friendster n so on.

MENGHAMPIRI Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna laman web sosial kian rancak berbalas mesej, bermaaf-maafan dan berpesan pada halaman seperti Facebook, MySpace, Twitter serta banyak lagi.

Tulisan di 'Wall' umpamanya sarat dengan mesej 'Salam Lebaran', 'Selamat Menyambut Syawal' yang membuatkan Facebook aktif dan diperbaharui hampir setiap minit.Laman web sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter dan banyak lagi ibarat mengeratkan aur dengan tebing, merapatkan isi dengan kuku selain mendekatkan yang jauh.


Namun tanpa disedari, laman web sosial sebegitu mampu berubah wajah menjadi musuh dalam selimut atau udang di sebalik batu.

Kepopularan laman web sosial mengundang rasa terliur si penjenayah siber, seterusnya memancing mereka mensasarkan panah ke arah penghubung komunikasi terbabit dengan anak panah 'scam' atau phishing.

Ia tidak mustahil berlaku memandangkan penjenayah siber turut mengikut aliran semasa dan menyedari laman web sosial sebagai lubuk baru menguji pengguna Internet.

Kegiatan menyalahgunakan teknologi kini dikesan menular kepada laman web sosial seperti dilaporkan vendor perisian keselamatan F-Secure menerusi F-Secure Response Labnya, baru-baru ini.

Makmal itu memberi contoh akaun seorang blogger pro-Georgia, Cyxymu yang diserang dengan Distributed Denial of Service (DDoS) mengakibatkan jutaan pengguna Facebook dan Twitter lumpuh.

Kegiatan itu menyebabkan pengguna menghadapi masalah dengan rangkaian halaman mereka yang lembab dan berada dalam kedudukan 'offline' atau tidak boleh dibuka pada hari terbabit.

Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure, Mikko Hypponen, berkata sasaran penjenayah siber hanya membabitkan individu tertentu, namun ia mempengaruhi keseluruhan komuniti.

"Kita tidak akan tahu siapa dalang di sebalik serangan ke atas Cyxymu, lebih memburukkan keadaan, mereka memiliki akses terhadap lebar jalur tertentu," katanya.

Komunikasi melalui Facebook bersangkut-paut dengan hubungan peribadi terhadap komuniti dan rakan mengaitkan pelbagai tahap kepercayaan apabila pengguna menerima mesej menerusi 'Wall' daripada rakan yang lain.

Tentunya penerimaan spam dan e-mel tidak diketahui dalam laman web sosial terbabit memburukkan tahap kepercayaan kita terhadap kerahsiaan platform digunakan yang disifatkan tidak selamat.

Apatah lagi Facebook kini memiliki 250 juta pengguna di seluruh dunia, fakta disedari penjenayah siber yang sudah pasti menjadikan laman web sosial ini sebagai sasaran.

Penasihat Keselamatan F-Secure, Sean Sullivan, berkata kelemahan menetapkan kata laluan adalah salah satu 'lubang' penjenayah siber yang pantas menggali rangkaian sosial untuk tujuan tertentu.

"Tujuan mereka mudah, dapatkan kata laluan dan loloskan diri ke dalam halaman sosial individu sebelum mencuri maklumat peribadi seperti nombor telefon rakan si pengguna, senarai hubungan dan banyak lagi.

"Kemudian penjenayah siber terbabit akan menjualnya data terbabit kepada penjenayah spam atau menggunakannya sendiri bagi mendapatkan duit melaluinya," katanya.

Sullivan berkata, kerosakan akibat akaun Facebook yang digodam akan menjadi lebih teruk sekiranya kata laluan sama digunakan untuk mengakses akaun e-mel lain.

"Lebih parah, si penjenayah yang sudah memperoleh kata laluan akan menukar semua kata laluan si pengguna pada laman web lain sebelum mendapatkan maklumat perbankan dan cuba menyelesaikan soalan keselamatan pada aplikasi," kata Sullivan.

Katanya, pengguna sendiri tidak akan menyangka jawapan kepada soalan keselamatan dalam e-mel atau akaun lain sebenarnya mudah didapati pada laman web Facebook seperti nama tengah, alamat rumah atau nama binatang kesayangan.

Sullivan menasihatkan pengguna agar menetapkan kata laluan berbeza bagi setiap akaun e-mel, laman sosial dan sebagainya.

"Pengguna Facebook perlu memasukkan alamat e-mel untuk membuka laman web sosial mereka. Oleh itu, mereka perlu memberikan kata laluan berbeza bagi setiap laman web sosial.

"Lagi baik sekiranya, pengguna mempunyai akaun e-mel berbeza yang digunakan untuk perniagaan, akaun e-mel utama atau laman web sosial lain," katanya.

Tahun ini juga menyaksikan siri mesej palsu dalam 'inbox' Facebook' dihantar daripada 'rakan' yang menuntut pertolongan dari segi kewangan.

"Pengguna perlu berhati-hati dengan mesej sebegini dan menyiasat terlebih dahulu status rakan sebelum mengirim duit seperti dimohon," ujar Sullivan.

Sullivan berpendapat, keselamatan dalam laman web sosial juga memiliki aspek positif, tidak seperti jenayah e-mel klasik yang boleh menghantar surat berantai selama bertahun-tahun.

"Pergaulan pengguna dalam Facebook secara tidak langsung memberi kesedaran kepada mereka mengenai serangan jenayah siber terkini yang diperoleh menerusi rakan lain dalam laman sosial," katanya.

Menurut beliau, pergaulan komuniti salah satu faktor penting dalam memberi publisiti kepada maklumat terkini keselamatan yang berguna dan mengambil langkah sepantas mungkin untuk menanganinya.


sumber:Metro

p/s:berwaspada lah


TERIMA KASIH SUDI BACA^^