Showing posts with label Berita FS. Show all posts
Showing posts with label Berita FS. Show all posts

February 3, 2011

Pelajar Darjah 3 Lari Dari Sekolah Tengah Malam

Assalamualaikum! Hari ni cuti! Yey! Esok raya! haha Raya Cina lah. Kau cina ke? Tak, tapi PM kata 1Malaysia. Ok, 1 Malaysia. Tak kisah la 1 Malaysia, janji CUTI. Itu yang PASTI. hehe Jahat gila. Alaa, tak pe, bukan aku sorang suka cuti, korang pun suka kan?So, apa plan cuti? Aku tengok kat umah aku, banyak gila invitation cards. So, weekend tak perlu masak la macam tu, nak makan, pergi rumah pengantin. hehe

Banting: Wartawan FS melaporkan, seorang pelajar kampung yang baru sahaja dihantar masuk ke sekolah asrama (Nama pelajar dan sekolah dirahsiakan) telah lari keluar dari asrama tempat beliau bersekolah. Pelajar tersebut merupakan  pelajar tahun 3 dan baru sahaja dimasukkan ke sekolah tersebut.

Beliau merupakan seorang pelajar perempuan dan berjaya memboloskan diri keluar dari sekolah waktu tengah malam. Kawasan sekolah tersebut agak sunyi dan jarak antara rumah ke rumah juga jauh. Setelah dapat meloloskan diri, dia telah lari pergi ke sebuah rumah dan meminta makan. Kemudian dia sambung lari lagi hingga polis menjumpai pelajar tersebut.

Kemudian, polis menghantar pelajar tersebut ke rumahnya yang terletak di Banting.


Untuk pengetahuan semua, berita ini tak keluar pada mana-mana surat khabar. Hehe ada kat blog ni sahaja. Ini budak kampung aku. Bila aku dengar cerita budak ni tadi, gila ar, berani gila budak nie. Baru darjah 3. Aku yang dah pangkat makcik ni pun, tak dan lah nak keluar malam-malam lari tengah-tengah hutan sorang-sorang.

Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah sesuai anak yang bersekolah rendah dihantar ke asrama? Apa pandangan anda?

Dalam kes ini, sekolah atau ibubapa yang bersalah? Jom diskusi perkara ni. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^