Salam tengah hari semua. Fuhh kenyang makan nasi minyak. hehe Tadi pagi ada tengok 1 video. Ingatkan video apa, rupanya Tahajjud Cinta Teaser. Terus rasa berminat sangat-sangat nak tengok! Selepas Kitab Cinta, Stanza Cinta, Nora Elena fever, rasanya ini lagi 1 drama Tv3 yang menarik. Sebab Islamik. Lagi satu, sebab ada Aaron Aziz, bukan watak utama pun nak tengok juga. hehe
Ni video teaser dia. Betul-betul rasa nak tengok. Rasa macam..MENARIK!!
Dilakonkan oleh Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Neelofa, Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila.
| Tahajud Cinta TV3 |
Tahajjud Cinta Mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Tiba-tiba rasa macam wajib tengok juga. Stanza Cinta juga. fuhh, nanti nak bagi download link kat sini. hehe Saya hanya menyediakan linklink drama atau cerita yang saya suka, best dan agak Islamik sahaja. Sekian. :)
Tahajud Cinta bermula pada 8 Julai 2011 9.00 malam, Jumaat, TV3.