December 31, 2011

Gambar Awesome : Tell Me The Truth!

Haha ohsemmmnyeee!! sweet la mereka. Comel!!!! :)


Seha..dah2 buka buku cepat!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 30, 2011

Yang Perlu Sekarang : EXAM

Kiranya imtihan ini medan juanganmu.. Maka bertarunglah sedaya upayamu kerana ALLAH..

Manfaatknlah segala ilmu yang diperturunkan semampu akalmu demi memartabatkan kedudukan ummahmu..

Bukan semata-mata untuk kepuasan diri..

Allah tiada menilai akan natijahnya tapi yang dinilainya ialah kesugguhanmu..

Berjuanglah wahai pejuang dengan kalimah Tuhanmu dengan ilmu yang telh dipinjamkan sementara ini..

Selebihnya,bertawakkallah padaNya..

Bittaufq wannajah...:-)


Ps: syukran ya sahabat. Semoga kita dapat buat yang terbaik. InsyaAllah
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 28, 2011

Nak Tahu Jodoh Kuat Ke Tak

Korang pernah tak terlibat dengan permainan di atas? Dulu waktu saya sekolah rendah, famous gila. Semua sibuk konon nak tengok kebarangkalian siapa future husband or wife dia.


Bila teringat semula kan. Rasa macam jahil gila aku masa sekolah rendah dulu. -_______-"


Bila kira-kira dapat gred A maksudnya jodoh kuat. Haha kenangan tinggal kenangan.


Haizz khurafat semua ni. Saja nak kongsi memori masa kecik zaman hingusan dulu.hehe


Korang pernah main? Ke saya je tang jahil sangat pi main menda ni? =______="
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 27, 2011

SMS Percuma & Call Percuma Pada Bila-bila Masa Di mana Jua

Sementelaah dapat online sekejap ni. ambe nak kongsikan lah sedikit tips untuk mengurangkan belanja topup bulanan bagi yang selalu terlebih bajet topup dan hampir terpaksa meminjam daripada Celcom mahupun MAxis untuk ADVANCE.


Ambe nak kongsikan 1 aplikasi ni. Yang boleh diguna pakai tanpa memerlukan kredit. Yang perlu ialah akses internet. Wireless pun kan sekarang senang dijumpai di mana-mana kan. JAdi saya nak kongsikan 1 aplikasi ni. 


Viber
Ya, aplikasi Viber. Anda boleh mesej dan call sesiapa dengan percuma yang penting ada talian internet. Dan yang penting orang yang nak kita call dan mesej tu kena ada Viber juga lah. Kalau tak macam mana nak free. Viber ni boleh guna kat PC, juga di smartphone. Lebih kurang macam Skype juga lah. Boleh buat video call, call, message, semua percuma selahi mana kedua-dua belah pihak ada talian internet.


Lagi 1, bagi si penggemar SMS dan kedekut kredit, mungkin lebih meminati Whatsapp. Tapi untuk mesej free sahaja.


Semuanya boleh didapati di Android Market.Download sahaja. Terasa kepentingan aplikasi ini sangat memuncak bila duduk di ruma tiada kredit. haha ^^


Ok, get back to study. Ok, nanti esok kita cerita pasal Internet Broadband Celcom yang murah pada kadar RM25 sebulan. UNLIMITED. Jiran saya pun dah buat dan dah guna, cer tanya dia. pi SANA >>>

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Tips Belajar Berkesan

So, first of all, you must OFFLINE with FACEBOOK and ONLINE with BOOKS.
**not only FB, Twitter, Youtube and etc.



SHUTDOWN YOUR LAPTOP, LOGIN YOUR BOOKS.
PUT AWAY YOUR LAPTOP. 
Make sure it is not reacheable.
And make your book CLOSE TO YOUR HEART AND MIND.



Next, MAKE SURE YOU START WITH BASMALAH.
Open the book.



plus MAKE SURE YOU ARE IN A PEACE PLACE FOR STUDY.
No disturbance.
It is only you, your heart, your mind, your books and Allah.^^



Happy Studying. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 26, 2011

Selalu Tak Sedar Diri

Bukan selalu dapat pergi pasar. Bila mak suruh hantar pi pasar on je. I like driving. Dreaming to have my own car as soon as possible. Kalau la ada orang bagi birthday present kereta kan best.. Berangan je keje kau kan fasihah!


Ok. Bagus sebenarnya sesekali keluar pergi pasar malam ke pasar minggu ke pasar basah ke. Asyik masuk JJ, Alamanda, Pavilion tu perabih duit je.


Kalau pi pasar ni. Boleh mendatangkan kesedaran. Bukan setakat berbakti kepada ibu ye. Ok. Apa yang boleh buat kita sedar?


Sebab kena ceramah dengan mak. -_____-"


Mak kata.. Kita ni dah senang. Kita beli ikan. Kita dah tentu ada lauk untuk makan. Yang jual tu dah dapat duit untuk beli makanan.


Cuba fikir orang yang tangkap ikan ni. Dah makan ke dia? Berapa sangat duit kita bayar ni sampai ke nelayan tadi?


Insaf insaf. Ok bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Ramai lagi orang yang lebih susah kat luar sana.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Berhabis 2k Untuk Cantik, Berbaloi Ke?

1 tajuk yang sangat menarik untuk diperbincangkan. Saya paling tertarik bila persoalannya.. Ada ke lelaki yang tidak melihat rupa dalam memilih?


Saya rasa semua orang mesti melihat rupa dahulu dalam memilih pasangan. Salah ke? Tak rasanya. Sebab Rasulullah s.a.w pun ada bersabda kan pilihlah pasangan berdasarkan kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya.


Jadi cantik tu antara kritiria nya. Tapi berbaloi ke belanja 2k untuk kelihatan cantik?


Saya rasa cantik itu tak salah. Tapi biar bersederhana. Dan jangan sampai tahap bertabarruj.


Cantik itu kan subjektif. Jangan asyik fikir kalau cantik itu mesti macam artis.


Kena juga cantik. Kang suami cari lain camne? Kat umah asyik pakai baju kelawar dengan bedak sejuk je. Payah gak tu.


Air wudhuk tu kalau sempurna pun boleh nampak setinya di wajah kata orang. :)


Peace! No war^^
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 25, 2011

Penyu Teman Baru

Buku merupakan ubat tidur terbaik. Aduyai. Dah berapa kali tertidur mengadap buku.


Penyu dari Terengganu sebagai peneman. Mata dia pun dah kuyu baca buku. -______-"


Haizzz jangan tidooo seha!!! Baca buku!!


Syuhhhh syaitan stop disturbing me!! =_____=
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Tak Perlu Ucapkan Pada 25 Disember

Jauhilah Syirik. Berdosa besar kita. Tak wish tak rugi apa pun.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 24, 2011

Tak Faham Dengan Sesetengah Manusia


"fiza, ko nampak tak kamera aku?"


Seingat aku fiza yang last pegang semalam. Kot kot lah dia letak tempat lain kan..


"kat atas buku ko lah. Aku letak situ balik semalam"


Dah sah. Memang tak ada. Mulalah operasi mencari. Panggil skuad J&F lagi. Skuad jiha and fiza. Huhu cari punya cari.. Memang tak ada.


Bukan rezeki kan. Tak perlu nak tuduh siapa ambil. Diri sendiri salah tak simpan dalam loker. Tak perlu nak menangis meraung. Kalau dah memang itu takdirnya.


Mungkin kamera saya lebih baik bersama orang lain.


Maka hari ini 24 Dis 2011 di saat final exam mulai mendekat. Kamera nikon saya hilang. Tinggal kenangan. Semoga kau baik bersama tuan baru.


Biar hilang kamera. Jangan hilang agama dan maruah.


Pasti kehilangannya adalah atas kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan masa lalu. Pasti.


Kerana Allah itu lebih tahu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kita Ada Hak!

Di USA giat menyedarkan pengguna dengan kempen anti-merokok. Jadi bagaimana mereka cuba kurangkan kuantiti rokok di Amerika?


Sejumlah besar kuantiti rokok telah di eksport ke Malaysia.


Dan orang Malaysia sangat teruja dengan lebel "Imported Fresh from USA".


Almaklumlah ramai yang taksub dengan barang luar negara kan? Ramai orang fikir produk yang Malaysia import tu baik-baik belaka kan.


Sedangkan orang tu tak nak, tu yang bagi kita. Dorang nak sihat. Nak kita jadi sakit. Senang sikit dorang nak pengaruh minda kita kan.


Kasihanilah mereka yang tak bersalah dengan asap rokok tu.


Sirius. I dont like smokers.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 23, 2011

Biar Gambar Berbicara, Inilah Cinta Sejati




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 merupakan satu platform ilmiah yang mengumpulkan ilmuwan agama tempatan dan antarabangsa. Mereka akan memberikan panduan kepada peserta dalam usaha melahirkan generasi “ummatan wasatan” yang wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan seorang Muslim – akidah, muamalah, ibadah, siyasah, dakwah, tarbiyah, cara hidup, Al-Quran dan Hadith.

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bersama-sama menghadiri Konvensyen Fiqh Ummah 2012!
Pertama kali di Malaysia.




Untuk maklumat lanjut, boleh lah lawati web k-fiqh di


dan juga Facebook k-fiqh di


Twitter k-fiqh di


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Personal: Mulai Saat Ini, Kita Mulai Menjauh

"Seha, ko nak tahu? Tadi aku pergi Cafe nak fotostat, aku tengok ramai gila orang kat cafe. Semua tengah buat assignment."


"Aku pergi Mahallah Office, penuh gak orang, semua tengah buat assignment."


"Tiba-tiba aku rasa macam, alhamdulillah aku dah habis..."


Itulah, kita kadang-kadang selalu lupa bila mana kita dalam kesusahan, masih ada ramai yang lebih susah daripada kita kan. Kita tu termasuklah saya. Kita dah dapat nikmat, tapi kita tak tahu lagi bersyukur. Astaghfirullahalazim..


Sebab itu kadang-kadang Allah sengaja tunjukkan orang yang lebih susah dan derita daripada kita untuk kita bersyukur..


Officially end


"Aku rasa bersyukur gila dah habis semuanya."


Tulah.. Aku pun. Kita dah boleh fokus untuk FINAL. Sedangkan, masih ramai lagi kawan-kawan yang sibuk dengan report, assignment, presentation, replacement class.


Hari ini, maka secara rasminya, kita hampir berada di penghujung Semester 1 2011/2012. 
Tadi berakhirnya lecture untuk semester ini.
Tadi merupakan assignment terakhir yang dihantar kepada lecturer.
Tadi merupakan hari terakhir dari kesibukan yang amat sangat dengan segala macam projek, presentation, kuiz, assignments, case review, reports.
Kita mulai menjauh dengan semester ini.
Sekarang kita menuju ke final.
Penentuan ke atas usaha selama semester ini.
Apakah hasilnya?


Kita telah sedaya upaya buat yang terbaik.
Teruskan berusaha untuk final.
Teruskan berdoa.
Kita pasti mahukan yang terbaik untuk semua kan?
Saya pun.
Apapun, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Kalau kita berusaha, insyaAllah kan? ;)


Esok, masihkah aku ada di muka bumi ini?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 21, 2011

Wordless Wednesday #23 : Mari Jadi SWEET Seperti Pisang


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Awak, Janganlah Tinggalkan Saya ..

"beep,beep.."


"Awak, awak kenapa senyap je ni awak?"


"Awak macam makin pinggirkan saya je. Saya sedih la awak. (T__T)"


"Awak...balas lah awak...! Jangan buat saya macam ni..."




Awak..saya bukan berniat nak meninggalkan awak. Awak kena faham perasaan saya. Awak kena faham keadaan saya sekarang ni. Saya bukan saja-saja nak tolak awak ke tepi. Saya betul-betul terpaksa ketepikan awak. Bukan bermakna saya menduakan awak atau tak setia dengan awak, tapi ada yang lebih penting sesungguhnya daripada awak sekarang.


Awak panggil-panggil saya suruh update awak kan?
Awak panggil-panggil saya suruh moderate komen kan?
Awak panggil-panggil saya suruh jenguk Fb kan?
Awak panggil-panggil saya suruh blogwalking kan?


Awak... saya tahu awak terasa dipinggirkan kan awak kan? Bukan sebab saya sengaja tau awak..


Sebab tinggal berapa hari je nak FINAL EXAM ni awak!! Saya kenalah tolak awak ke tepi. InsyaAllah ada masa sedikit kalau ada access internet, saya pasti update awak tau!


Tak.tak awak, saya takkan tinggalkan awak. Terpaksa jauhkan kejap je. ^^


Terima kasih kepada kalian yang masih sudi singgah ke blog yang tiada apa-apa ni. Apapun, ingatlah...


"Jangan biarkan diri kita dibelenggu dengan dua perkara, iaitu penyesalan masa lalu dan juga kebimbangan masa hadapan."


kerana kita mungkin tidak akan merasa manisnya sekarang.


Wallahua'lam. Saya terpaksa pergi. Ada yang lebih penting untuk saya utamakan. Ada masa, kita jumpa lagi.. 



Buat teman seperjuangan, mungkin semester kali ini kita rasa terlalu cepat, hinggakan rasa macam tiada masa untuk revision. 

Assignment,assignment assignment. 

Present present present.

Kuiz kuiz test.

Rasa penatnyaaa! Eh tiba-tiba minggu ni final lecture, minggu depan dah mula EXAM. Ya Allah..sempat ke nak mengulangkaji ni? Saya juga bimbang sama seperti kawan-kawan semua. Tapi, percayalah, kalau bukan sebab kita boleh hadapi ujian ni, kita takkan diuji sebegini.


Chill lah! Kita kan budak U. ^^



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 19, 2011

SUPER AWESOME VIDEO..ke super awesome proposal?

Ramai gila orang share video ni. Saya tahu, ramai yang teringin nak dapat proposal macam dia kan? Proposal siap dengan DSLR. Pakej lengkap pemberian wishlist! waa, ohsem saangat. Ramai kawan-kawan perempuan saya share. Tadi dalam kelas ramai yang sebut-sebut pasal video ni. Sampai ada yang sangat teruja sebab umur dah cecah 20-an. hehe Lawak kan. Itu menunjukkan video ni sangat inspiring! 


Inspiring buat manusia macam saya dan kawan-kawan saya. TERUJA. TERHARU. and WOW!!


Tak perlu ulas panjang-panjang, tengok je lah video ni, saya dengar-dengar dia ni satu U dengan saya. Terasa SWEET lebih sikit. hehe


Tak payah cakap banyak, meh tengok meh. 


I've been proposed & I'm engaged! :D




Tapi kan, tapi kan, still ada mulut-mulut yang tak puas hati. Itulah, mulut manusia ni tak boleh tutup. Ada yang sibuk dengan kealimannya mengatakan, bertunang kena rahsiakan, siap tu ada kata, tak islamik lah, ada yang kata, apalah buat video nanti kalau putus di tengah jalan macam mana?


Hai..manusia..


Itulah, susah kalau nak puaskan hati manusia...


Saya rasa ini satu contoh yang baik bila mana, mereka bertunang tanpa bercouple dahulu. 


Boleh tak, instead of kau sibuk nak cakap nanti dorang putus ke apa, better kita encourage depa dua orang ni menikah. Lagii SUPER AWESOME kan?
Bagi saya, mereka yang mengutuk itu, tak lebih mereka jeles sebenarnya. ^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Memori Persahabatan : Air Karbohidrat

"Ayah dia selamba je kot. Walaupun Doktor, ayah dia yang selalu beli stok jajan-jajan, coklat, air karbohidrat."


"Aah wey, ayah dia selalu je minum manis-manis. Doktor tu.."


Dalam hati aku...air karbohidrat??


"Wey Jiha! Air karbohidrat??"


"Air bikarbonat la!!!!!"


aduyai..lawak gila! Sejak bila wujud air karbohidrat? Air bikarbonat jadi air karbohidrat.haha Jiha, jiha, nasib baik aku serach kat Google tadi, ada air karbohidrat tau. Ni dia..




haha bila berjumpa,
gamat bilik dan blok ni macam kita yang punya.
Bila berjumpa, gaya macam dah 10 tahun tak jumpa, bercerita dah macam buat kupasan novel!
Bila jumpa, ada yang jadi pakar penasihat cinta.
Bila jumpa ada yang jadi pakar psikologi.
Bila jumpa ada yang jadi Doktor penasihat kesihatan.
Ada yang jadi motivator.


Aku rasa, kita ni, kalau dah habis belajar, kenangan bersama pasti sentiasa dalam ingatan kan? Kita mula rapat daripada bila? Dari kita mula masuk U ni kan? Sebab kita duduk bilik sama..


Sekarang, walaupun dah tak duduk bilik sama, kita selalu makan sama-sama.
Tengok Running man sama-sama.
Pergi Jusco sama-sama.
Makan Domino sama-sama.
Lepastu kalau lalu bilik salah sorang daripada kita, mesti nak menjerit panggil dia.


Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhirnya.....
Nah! Video ni SANGAT OHSEM untuk korang~ ^^



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 18, 2011

December 16, 2011

Awak, Janganlah Sampai Jadi Gila!

*Beep beep beep


"Seha, tengok luar, ada orang tengah berdansa."


Terus menjengah ke tingkap. Patutlah ada dengar macam orang tengah menjerit ke menyanyi? Menyanyi lah tu kot. Kalau tak, kenapa dia berdansa sekali kat laman tu. Biarlah, barangkali dia stress, tu dia lepaskan tension je tu. 


Saya dan kawan yang sedang menyiapkan report pun biarkan dia melalak kat laman tu. Sebab kami ada misi yang lebih penting daripada menghiraukan si dia yang melalak di laman itu tadi.


Jam 1 pagi.

"lalalala....." (suara tadi kedengaran berkumandang semula)


Kelihatan seorang perempuan berjalan turun daripada bloknya bersama hp digenggaman sambil menyanyikan lagi Inggeris tanpa menutup aurat dengan jayanya jalan dan jalan sambil bernyanyi dengan kuat tanpa menghiraukan orang sekeliling menuju ke halaman tadi.


Dan dia merupakan perempuan yang sama. Tapi tadi dia pakai tudung, sekarang tak. Mungkin dia fikir, pukul 1 pagi, asrama perempuan mana ada lelaki masuk kan?


Dia pun berjalan sambil menggoyang-goyangkan tubuhnya ke tengah halaman sambil tangkap feeling dengan lagu Inggeris di hp nya. 


Tiba-tiba saya dan kawan saya rasa meremang bulu roma. Haiz, dalam hati kami, "minah ni betul ke tak ni? Tetengah malam buat cam ni, kalau stress sangat pun janganlah sampai macam ni sekali."


Kami bukan kisah pasal dia tak pakai tudung tu, kami bukan kisah dia bukan orang melayu, tapi kami sangat kisah sebab dia agak mengganggu ketenteraman awam dan kami sangat kisah bila mana dia macam berada di luar kesedaran.


Boleh dia menari gaya macam kat dalam disko tanpa menyedari keadaan sekeliling. Kami yang risau. Kami risau kalau dia buat apa-apa di luar jangkauan akal sahaja. Alhamdulillah, dia tak terjun dari bukit ni. huhu


A curious mind by MivtheVampire on DeviantArt

Kawan-kawanku sayang, saya tahu, final exam dah dekat. Saya faham, minggu-minggu terakhir ni tahap tekanan mendadak bila mana setiap hari ada sahaja submission, ada sahaja kuiz nya, testnya reportnya presentation project dan sebagainya.


Tapi jangan sampai kita hilang pergantungan dengan Allah. Bijaklah menangani stress. Mungkin kita perlu berkongsi perasaan itu. Carilah medan untuk berkongsi. Waktu makan, kita cerita kat kawan. Atau mungkin, nak sentiasa nampak cool, call mak lah selalu, cerita kat dia. Rasa kurang sikit bebanan tu. Saya lah tu. huhu beringgit habis kredit, tak apa, dapat cerita cukuplah. Duit apalah sangat kan. huhu


Janganlah sampai cara kita menangani stress tu tak berapa islam. Stress ni ujian yang sebenarnya mendekatkan diri kita dengan Allah. Bukan menjauhkan lagi hubungan kita dengan Allah. Waktu sibuk macam ni lah pergantungan dengan Allah sangat kuat. 


Janganlah sampai losing your mind menjerit tetengah malam sambil berdancing kat tetengah laman dalam gelap. Aduyaiiiiiiiiii


Kalau ada masalah, Allah kan ada :)


“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 15, 2011

New Line Up

Semoga terus ikhlas dalam meneruskan perjuangan generasi lepas.


Tahniah dan takziah semua...


Amanah itu bukan ringan tapi bila sudah dipertanggungjawabkan, lakukanlah dengan penuh keikhlasan. InsyaAllah
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Spontaneous Thursday #14 | Bukan PM Tapi..




Saangat sibuk sekarang.
Rasanya kena lupakan blog sementara waktu.
Moga masih ada esok untuk menjadi hamba.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 13, 2011

Kejar Dia, Penat

Time imprisonment by oo-rein-oo on DeviantArt

Kadang-kadang lebih baik kita sibuk daripada lapang sebab bila sibuk baru kita tahu mahalnya masa yang ada. Kalau bukan kerana sibuk juga, tak adalah terbuat kerja kita. Sebab bila lapang, kita buka Fb lah, tengok tv lah, tidur lah kan?


Jadi sebab itulah, saya tak boleh jadi blogger tegar. Sebab saya sibuk belajar. Komitmen untuk matapelajaran yang diambil sangat-sangat diperlukan sekarang.


Minggu ni sahaja ada 3 report kena hantar, ada 3 assignments kena submit, dan juga ada 3 kuiz dan satu final examination Rabu malam. Harap ada lah mana-mana yang mengalah ke minggu hadapan, 1 kuiz tunda pun jadilah. =____=''


Semester ni rasanya tiap minggu macam tu. Tak apalah, baru lah namanya student kan? huhu Kalau setakat tak sempat makan ke tak cukup tidur tu, biasalah, that's student life right? ;)


Teringat apa Allah berfirman? “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214


Kalau bukan sebab kita boleh hadapi ujian tu, tak adalah kita diuji. Apapun, jangan sampai hilang pengharapan kepada Allah. :)
Mungkin kita akan rasa stress, tapi di sinilah akal dan emosi memainkan peranan. Tak lupa, doa yang tidak putus-putus.


Kita bukan hanya perlukan positive thinking pada waktu ini, tapi juga kita perlukan powerful thinking. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 12, 2011

Sekali Dengar Rasa Nak Dengar Banyak-banyak Kali



5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy


IT'S JUMUAH


nice melody,
nice to hear.
it is nicer to follow what he wants to remind us.
Right? ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

VVIP lah sangat..

Currently attending annual general meeting of Inspire Club. Me and 3 of my friends are representative from Titian Asli Club attending this AGM.


A very impressive presentation of record by using BSC.


Ingatkan dalam management accounting je guna BSC. Superb.


BSC is Balance Scorecard ya for your information.


Ok, excellent!
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 11, 2011

Bercerai Dah Dia?

I Love You ~ Google
Dulu, masa belum nak kahwin, heboh sekampung. Bakal suami dia jurutera. Bakal suami dia anak dato. Esok dah kahwin senang. Dapat anak kaya. Dan macam-macam lagi. Dah macam jadi norma masyarakat, bila ada majlis perkahwinan, dah biasa kan? Mesti nak tahu, dapat orang mana? Anak siapa? Kerja apa? Itu memang standard questions.


Tapi lagi kepoh kalau macam tu lah, anak dia dapat anak datok. Bakal suami dia jurutera. Budak tu dah ada PhD dan macam-macam lagi pangkat dan darjat yang sibuk diceritakan. Itu yang kita suka banggakan kan? Kalau dapat ustaz sahaja, rasa macam apelah sangat kan? Tapi itu memang norma masyarakat. Tak payah nak tepis. Saya balik kampung ni, pergi mana-mana wedding invitation memang macam itulah.


Telur pun sehati sejiwa wak.

Masa bercinta memang indah. Semuanya wangi semuanya baik. Lagi hebat bila bakal suami ada sedikit pangkat. Heboh satu kampung. Bangga nak dapat menantu anak raja kan?


Yang tak seronoknya, bila balik, dapat tahu orang yang dikenali, umur atas saya je. Umur baru 22. Dah jadi janda muda. Kasihan kan? Mungkin belum bersedia sebenarnya nak mendirikan rumah tangga tapi dah berkahwin. =___='' Atau pun, dah memang tak ada jodoh, nak buat macam mana kan?


Aku ceraikan kau talak satu.

Tapi lagi tak seronok bila mana dulu masa nak kahwin ke main lagi kan? Grand. Sibuk canang anak dia dapat pegawai lah apalah.


Tak berapa seronoklah norma yang macam ini. 


Kalau benar seseorang itu baik, kita tak perlu nak bangga dengan apa yang dia ada, tapi biarlah kebaikannya terlihat dengan kelakuannya.


Selamat pengantin baru yang baru berkahwin dan akan berkahwin hari ini. Sebenarnya gerbang perkahwinan adalah permulaan seorang perempuan atau lelaki untuk mengenali hati budi dan perangai sebenar pasangannya.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 8, 2011

Pensyarah Yang Baik & Sporting

Currently sitting for quiz for only 20miutes. But, luckily my lecturer is.very super kind-hearted + sporting + awesome, he gave us extra time!! Yippiii!!


This is what we call as happiness of a student. Hahaha


P/s: sempat tu nak online...huhu
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Cantik Yang Tak Berapa Menawan

Kalau cantik belum tentu menawan kan? Same goes to kalau cantik tak semestinya comel.


Cantik sinonim dengan perempuan kan? Tapi ramai perempuan cantik luaran semata.


Ada yang sanggup bersiap awal sejam sebelum keluar. Kadang tu lebih daripada sejam nak bersiap semata-mata nak kelihatan cantik. Saya tertarik dengan kesungguhan mereka yang nak kelihatan cantik. Tapi saya kecewa dengan kesungguhan mereka untuk melakukan suruhan Allah yang wajib.


Pada saat azan telah berkumandang. Diri siap berdandan. Sayangnya nak buka tudung tu. Sayangnya dekat shawl yang dah terlilit. Sayangnya mekap kat muka.


Nak jumpa orang kita boleh terkejar-kejar. Nak tepati janji. Tapi nak jumpa Allah kenapa kita buat sambil lewa?


Tak cantiklah macam tu. Kalau cantik pun tak menawan. Saya pelik betullah dengan orang macam ni. Habis tu nanti da keluar solat tak? Tunggu balik baru nak solat? Kalau dah habis waktu macam mana? Jamak ke? Ke jamak takyah?


Kalau masa keluar tu jadi apa-apa. Kalau Allah cabut nyawa. Tak solat lagi macammana? Siapa nak bayarkan hutang solat tadi?


Cuba renungkan bersama-sama..
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 7, 2011

Wordless Wednesday #22 : Aku Menulis Bukan Kerana Nama


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

From ZERO to HERO

Safe in the hands of a Hero by Osox on DeviantArt


Tiada orang di dunia ini yang tak pernah diuji oleh ALLAH...
kekadang diuji dengan nikmat,
kekadang diuji dengan kesakitan,
kekadang diuji dengan kegusaran jiwa,
kekadang diuji dengan sikap teragak-agak dalam mmbuat keputusan...
kekadang diuji juga dengan kesedihan...dan pelbagai lagi ujian yang diterima...

hebat kan???

kita mendapat ujian daripada TUHAN yang mencipta kita...
sepatutnya kita bersyukur...
sebab ALLAH nak tarbiah kita untuk jadi lebih hebat...

cumanya, kita kekadang tewas dengan ujian tersebut...

kurang SABAR dalam menempuhinya,
kurang MENGADU KEPADANYA untuk memohon petunjuk dan prtolongan...
kurang BIJAK dalam meyelesaikan permasalahan...
dan macam-macam lagi kekurangan yang kita culas...

" orang yang HEBAT, bukan semuanya dilahirkan hebat...tetapi kebanyakannya dan kebiasaannya lahir melalui rasa SABAR dan TABAH dalam menempuh ujian"


---kita bermula dari ZERO sebelum mampu menjadi HERO---




credit to my senior : Radzi SAMUSKD 2005
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 6, 2011

Kenangan Terindah: Kreatif dan Inovatif Bersama Orang Asli

Penat berprogram bersama orang asli. Mungkin ada yang akan pertikaikan. Apalah buat program dengan orang asli. Tapi bagi kami, kalau bukan kami siapa lagi? Dakwah tak semestinya perlu bersama hadis dan Al-Quran. Dakwah itu ialah mengajak orang melakukan kebaikan. Bukan mudah untuk membuatkan orang bukan islam memeluk islam. Tapi, kita boleh tunjukkan sikap, dan tauladan yang baik kepada mereka yang bukan Islam.


Actions speak louder than words.


Kadang-kadang cakap seribu kali belum tentu orang boleh ikut apa yang kita cakap. Tapi dengan contoh yang baik, mungkin lebih mudah untuk menjadi ikutan bukan? 


Biar sikit yang kita ajar tetapi diamalkan berterusan. Tak perlu yang berat. Kita ajarkan mereka makan guna tangan kanan. Kita ajar dia menghormati orang tua. Macam ajar sivik dan kewarganegaraan pun boleh. Biar simple tapi melekat di hati dan di praktikkan.


Tahniah kepada semua yang menjayakan program besar yang mengumpulkan 4 buah Kampung Orang asli di Bagan Lalang semalam, 3-4 Disember 2011. Moga ukhuwwah antara kita kekal berpanjangan di sisi Allah.


Modul terakhir bersama orang asli : Kreatif dan inovatif
Kanak-kanak telah menggunakan surat khabar untuk segmen kreatif dan inovatif dengan bertemakan fesyen kanak-kanak. Ada yang buat baju transformers, baju tradisi orang asli dan sebagainya. Apapun, mereka comel! Akak fasilitator module tu pun comel gak kan? hehe


Soon~ I will story from the beginning to the end of the program. Ni curi taip kejap-kejap. Tengah siapkan assignment sebenarnya. Jumpa lagi. :)


p/s: mana owner blog ni?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 5, 2011

Senyap Bukan Bersedih

Baru dapat klik blogger dashboard. Dari Jumaat sampai ke malam tadi baru sampai kampus semula. Ni pun online dalam kelas ni. Pelajar cemerlang memang camni. -_-''


Penat berprogram sampai tangan injured. Muka belang. Tapi tak apa.. Seronok!


Nanti 25hb ni tengok saya dekat tv alhijrah. Cerita kampus dunia 1.30 pm. Huhu


Ok ok fokus lecture~
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 2, 2011

Pelajar Cemerlanglah Sangat!

Tika orang lain sedang lena tidur berpelukan bantal berlapikkan tilam empuk berselimutkan comforter hangat. Aku di sini masih bekerja keras untuk 2 test esok hari. Adehh baru lah nama student u kan? Tak bz bukan student u lah namanya kan?


Esok pagi paper Decision Making Control.. Case study je. JE lah sangat. Macam dah hebat sangat nak buat analisis.


Petang test Company Accounting. Tengah study FRS ni laaa untuk petang nye test.


Yang seronoknyaaa habis test kena prepare barang modul untuk program 2hari di Bagan Lalang. Malam Sabtu bertolak. Terbaik. Bila entah nak dapat rehat yang sebenar.


Apapun..cool je seha. Cool. Kita tak boleh nak jadi yang terbaik untuk manusia. Tapi kita boleh cuba jadi yang terbaik sebagai hamba Allah.


Betulkan niat dan teruskan melangkah. Ini semua ujian yang memang perlu ditempuhi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 1, 2011

Spontaneous Thursday #13 | Bukan Blogger Tegar

proudly muslim blogger v2 by ~ademmm

Seorang student. 
Esok ada lagi 2 test.
Tak sempat nak blogwalking.
Buat entri pun pendek-pendek sahaja.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^