Penyesalan : Jangan Sampai Tak Sempat! | fasihah.com


July 23, 2011

Penyesalan : Jangan Sampai Tak Sempat!


**Link Tahajjud Cinta tak akan disiarkan di sini lagi, boleh terus ke kepala bergetar untuk update link. Harap maaf atas sebarang kesulitan. Tak siarkan dah sebab rasa tak minat nak tengok lagi dah. huhu


Morning akak cantik, adik comel, bro kacak. euww da bekpes?? ;)


Pagi-pagi lagi nenek-nenek, mak cik-mak cik dah keluar rumah. Seawal 5 minit sebelum 8 sudah berada di masjid. Untuk apa? untuk belajar mengaji. Ada antaranya sudah berumur 70 lebih. Mereka mengambil peluang yang ada ini, belajar mengaji dengan percuma untuk memperbaiki bacaan, dan ada juga yang baru mula belajar membaca Al-Quran.

Masjid bukan untuk yang senja

Bila melihat orang-orang tua ni, cukuplah rasanya untuk kita memperingati diri ni balik. Sangat teruja dengan semangat nenek-nenek yang baru nak belajar mengaji, baru nak belajar huruf alif ba ta. Walaupun mereka sudah tua, itu bukan alasan untuk tidak belajar bukan?


5 perkara, semalam dah cakap 1, rebutlah


Hari ni, ingat yang ni pula, muda sebelum tua.


Teringat kat ceramah Ustaz Kazim, antara alasan orang tak belajar agama.

Masa Belajar
  •  Ala, muda lagilah, enjoylah dulu.
  • Aku sibuklah, belajar, mana ada masa nak pergi kelas-kelas agama ni.


Bila dah kerja
  • Aku sibuklah, pagi-pagi keluar, tanah pun tak nampak lagi, balik dah malam.
  • Kenalah kerja kuat, nak kumpul duit, nak kawin.


Bila dah kawin
  • Bila mengandung : susahlah nak pergi mana-mana ni, nak duduk pun susah.
  • Bila dah ada anak : anak-anak nak periksa, kena ajarkan. Anak-anak kecik lagi, payah kalau nak bawak pergi masjid.

Bila dah tua
  • Alaa aku ni dah tua, tak larat nak pergi mana-mana.
  • Badan sakit-sakit.


Jadi persoalannya, bila? Sebab itu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit. Masa muda ni, masih kuat, gunakan masa sebaiknya. Masa sihat, isikan dengan aktiviti yang berfaedah.


Kalau tengok mak cik tu, dah tua, baru nak mula mengaji, iqra' balik. kalau sekarang kita masih belum pandai mengaji, baca Al-fatihah pun tak tahu, macam mana solat kita?


Bila nampak nenek tu, terfikir lagi, Allah masih panjangkan usia dia, dia masih berpeluang untuk U-turn. Memperbaiki diri, belajar agama. Tapi kita sempat ke nak sampai tua?


~ Jangan kejarkan dunia, nanti akhirat tertinggal. sebaliknya kejarlah akhirat, insyaAllah keduanya seiring bersama. ~



Till then. I am reminding myself too.

Have a benificial Saturday friends! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

22 comments:

SoLy SoLicious said...

haa..btol 2....terlalu bnyk alasn..hmm..muhasabah diri sendiri ~

GR said...

peringatan yang baik. belum tentu sempat untuk kita tua kan? baru nak buat entri pasal perubahan. singgahlah nanti tengok :)

aiman said...

betol..kutip lah ilmu sebanyak boleh masa muda ni..

DHIYAULHAQ HAMZAH said...

betul ko ckap tu..tapi ramai yang cakap "lek lu sap kok lu"..bila diajak pegi ceramah agama

JIJI YU said...

kan ke sampai ke liang lahad dok belajo..eheh

sergeant keroro said...

nice one!!! :)

p/s : reminding of myself too

H.J said...

sama2 beringat...hehe

Hans said...

kejar lah hal dunia yang memberi keuntungan pada kita di akhirat kelak kerana akhirat bergantung pada apa yang kita lakukan didunia ini

aimie amalina said...

yeeee!
sangat betol!
mase mude nilah nak wat ape2 pon
teutama bende yg dituntut agama
hee=)
baeek seha ni >__<

Ardini Humaira said...

masa muda masa sihat ni la kita nak tambah amal.. kalo dah tua nanti nak solat sunat tasbih pun dah tak larat dah... :)

Cik Kamoo said...

setuju!! entry nie....jgn kejar dunia! tp kejarlah akhirat - sangat mengingatkan!!

Tihara said...

Salam :)

Pahala akhirat lebih besar..semoga peroleh rahmat dari-Nya..dunia n akhirat

lia AKA milo said...

ngeee..manusia memang pandai mencipta alasan.

Anyyss Shuhaimi said...

yang baik tuh,susah sangat nak buat..yang tak sepatutnya kita buat,itu yang kita kejarkan...reminds myself...

Acik said...

huhuhuuuu .... insaflah wahai diri (peringatan utk diri sendiri especially)

kita sentiasa lalai, sentiasa sibuk dan sentiasa ada excuse kalu bab nak beramal.

usahlah bertangguh lagi. jom beribadah walau sekecil-kecil iman (acik ada post tentang ini dlm draf, hopefully dp dipublish dlm masa terdekat)

tq

Hamba Ilahi said...

@aimie amalina

betul tu..

cik seha memang baik..tapi orang nak panggil ustazah takmau plak..

herm..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam..
yg akak plg sedih tgk bila ada kematian anak2 dan cucu tak ngaji pun tuk si mati.sedih kan?nmpk sgt tak fasih mengaji skrg ni

syarifahsidrus said...

tak tau bila akan mati..kena bersedia sentiasa

cik nurussalwa said...

setuju sangat..

jangan kata tua, esok pun belum tentu akan ada untuk kita.
kalau nak tunggu.. sampai bila2 pun ada je alasan..

hmm~

FasiHaH SupiaN said...

@Hamba Ilahinobody is perfect

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik Fasihah =)

maaf,baru berjaya meninggalkn jejak disini dan follow =)

Alhamdulillah,entri ini memberi peringatan yg baik untuk semua tak kira muda atau berusia,itupun mungkin bagi mrk yg mahu berfikir dan berubah =)

sebab itu,pd usia yg muda ni..jgn sia2kn..

mabruk Fasihah!! ^_- suka dgn blog awak ni,hijau mendamaikan..sejuk mata memandang! insyaAllah nanti sy datang lg hehe ^_^ tunggu tau...

najihah sahami said...

yep...bnyk sangat alasan.lepas tu tangguh sampai ke liang lahad. masa tu menyesal pun tak guna.