Stanza Cinta Episod 1 | Download Link | fasihah.com


June 19, 2011

Stanza Cinta Episod 1 | Download Link

Assalamualaikum. Selamat malam semua. Macam mana? Dah tengok Episod 1 Stanza Cinta? Ok, ini status penulis Novel Stanza Cinta. Link download  Stanza Cinta Episod 1 - 19 Jun.

Salam..semoga episod 1 Stanza Cinta menjadi permulaan yang baik. Dalam episod ini, ia lebih kepada memperkenalkan pelakon dan latar belakang. Masih banyak lagi yang menanti di episod yang akan datang. Bagaimana pendapat anda mengenai episod 1 ini.

Apapun, kali ni tak dapatlah nak review drama vs novel sebab tak dapat lagi novel tu. huhu Tapi, buat permulaan, rasanya, cerita ini menarik. Walaupun pada awalnya, semua watak keluar. Lepas itu tertanya-tanya juga, eh ini siapa? Ini siapa? Apa kena mengena dia dengan dia. Agak ramai watak yang diperkenalkan di episod pertama ni. Setuju? hehe Tapi, tak apa, untuk permulaan, mestilah agak blur dengan watak-watak yang ada kan? ;)


Watak Amni Sorfina yang baik juga watak Taufiq Imran nampak dua watak yang islamik. Wah, Fizz Fairuz jadi penyanyi nasyid lah. hehe Untuk permulaan, watak yang ditunggu-tunggu Aaron Aziz sebagai Irfan ikmal merupakan seorang yang agak nakal dan cuba memikat hati Amni. Fuhh, tak sabar nak tahu, apa kesinambungan episod ni.

*Updated

Ramai yang tak baca novel akan tertanya-tanya pada kaitan sesebuah watak. IRFAN tu sepupu FADHLI, AZHAR SULAIMAN ( DR IKRAM ) rapat dengan keluarga TAUFIQ ( FIZZ FAIRUZ ), mereka bekerjasama untuk konsert amal tsunami. DR IKRAM anggota MERCY. Ibu IRFAN, DATIN tu sumbang dana untuk projek tersebut. Gadis bertudung yamg makan bersama Amni tu, Umairah..sahabat baik Amni sejak sekolah.

Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
 
Lama nak tunggu Ahad depan ni. Semoga semua dipanjangkan umur untuk berjumpa di Episod 2 pula. Agak-agak berjaya ke Irfan / Aaron memikat Amni / Amni?
 Stanza Cinta Episod 1 - 19 Jun.

Untuk cerita penuh Stanza Cinta, watak, lagu tema, terus ke sini. 

Terima kasih kepala bergetar. Share-share lah.:) 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

td ada gak ternmpk citer ni,tp tgk2 gitu je la...tak la pulak akak cuba hayati.cuma nmpk la watak wanita yg mmg ayu tu,hihi..akak tgk pun sbb ada aaron je kih3

Salim Harmanain said...

tq ye FS semalam tak sempat nak tengok.... :)