Nora Elena Episod 23 | Download Link | Nora Nak Kena Bunuh! | fasihah.com


June 15, 2011

Nora Elena Episod 23 | Download Link | Nora Nak Kena Bunuh!

Salam pembaca tegar kisah Nora Elena di blog ini. hehe Apapun nah download link Nora Elena Episod 23. Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata. Juga, untuk mengetahui sinopsis minggu terakir Nora Elena, pergi ke sini.


Intro semalam. muahaha. Ala, aku nak review itu yang penting. Haaa esok ada live chat dengan pelakon Nora Elena ni,korang dah tahu? Kalau tak silap pukul 3 kat www.tv3.com.my. Kalau tak silap lah. Kalau korang berminat, pergi search mana-mana ye. hehe Aku beritahu je, aku tak se'addicted' itu. Siap nak dapatkan CD dia kan? Tak lah aku. Orang tak berduit kena duduk diam-diam.hehe

Mause Pad Nora Elena. Kalau nak cari lah kat fanpage. huhu

Hari ni aku EXCITED nak update juga review. auw. Yelaaa, smile senyum ketawa gembira je aku tengok semua yang post kat fan page tu. Korang ingat tak semalam? Sebelum habis, ala part yang Nora bengang gila bilab jumpa sesuatu tu. Ingat tak? Yang ni laa



Review Nora Elena Episod 23

Yey!!! aku suka episod hari ni. Korang suka? Korang rasa apa part yang paling best hari ni? Alah, korang kan dah tahu, aku bukan suka higlight part Nora dengan Seth. hehe Hari ni, part paling best ialah part Yvonne kena marah, kena buang kerja. Yeehaa. Tak adalah orang yang nak jadi batu api lagi kat Seth. Semalam tu aku cakap Yvonne gila kan? Kesian, hari ni memang gila habis, become drunk pulak tu. Aduyai.


Apapun, Yvonne terbaik! Yes, maksud aku.. Wan Shamila tu terbaik. Lakonan menjadi nak buat anda, anda dan anda yang menonton sampai nak jadi spiderman segala bagai nak tampar Yvonne kan? Janganlah nak benci Wan Shamila lak pasni, dia hanya melakonkan watak. Bila orang benci watak dia, means that she did a good job. Well done!


Part yang suam-suam kuku? Korang rasa? Alaa, of koz lah... part mane ea. Aku rasa part Malik minta maaf kat Seth. Dia minta maaf sebab dah salah anggap kat Seth. Dia percaya kat Yvonne dan dia buat fitnah tentang Nora kat Eid. Ni lepas dia nampak Yvonne mabuk. BAru tahu real story. Nak tahu tak kenapa aku cakap suam-suam kuku? Sebab ada unsur suspen sikit. Yvonne kata, dia nak bunuh Elena. wahhhh, aku rasa ending dia esok Nora Elena mati lah. Korang rasa? haha


Mana lah tahu, lari sikit dengan Novel. hikhik. Part islamik. Yeah, aku suka ini. Bila Seth let go RM 2 juta kerana Nilawati dan membayar peguam terbaik punya untuk setel kes Nilawati. And he said what? Bukan rezeki aku. Yes, this is what a muslim and a good muslim should be. :) Hang pa ingat 2 juta tu dua puloh sen? Apapun, this is a good example. Bukan frust menonggeng. Lagipun, a good muslim really know that, rezeki itu di tangan Allah. kan? Korang lah kan.. a good muslim. I am proud to be one of your friend. hehe


Ada nada perosak bahasa ye malam ni. Sorry. Bahasa melayu aku chaos. English aku pulak tunggang langgang. Aku rasa kena masuk kelas BM balik. Haha Ok, part tak logik, erk, jahat tak aku? Bukan tak logik la, cuma curious je. Hehe 

  1. Apesal Seth suka pakai baju kemeja putih? Asyik-asyik kemeja putih. haha
  2. Kan ke Nora pregnant? NAk juga pakai high heel. Siap berlari-lari lagi. hehe
  3. Underwear yang dalam kete Seth tu, campak luar, Yvonne tak ambil, siapa yang ambil? hehehehe
Hehe nama pun lakonan semata-mata. Buat apa lah nak persoal benda remeh temah gini kan? hehe Ok. Part romantik? Ada? Ala, aku tahu, part Seth jaga Nora baik punya kan? Persoalan, best gila jadi Bos macam Seth, nak cuti bape lama pun, tak ada sapa nak marah kan? hehe Haiz, mulalah tu ramai isteri-isteri nak suami jaga dorang macam Seth jaga Nora. lagi-lagi wanita-wanita pregnant di luar sana. Aku tengok, hebat benar penangan Nora Elena ni. 


Korang rasa esok ending happy ending ke tak? Korang cuba cari gazet minggu ni, ada Yvonne pegang bayi. Kalau ikut novel, Yvonne akan curi anak Nora dengan Seth. And then....................... jeng jeng jeng. Haiz tak mahu citer. Esok! hehehe


Apapun, addict tu, ambil lah yang mana baik je ye. hehehe :)


Lepas ni aku nak cari novel Stanza Cinta!! Nora Elena nak habis, aku nak update ape plak pasni? Adehhh korang ada idea? hehe Jumpa esok! ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

5 comments:

Green Apple said...

hari ni episod terakhir... sedihnya...

sEha said...

pas ni FS follow Stanza Cinta plak...hik3....stanza cinta adaptasi dri novel jugak ker?

FasiHaH SupiaN said...

@sEhayes, novel juga...:)

FasiHaH SupiaN said...

@sEhayes, novel juga...:)

FasiHaH SupiaN said...

@Green Applehappy ending insyaAllah ;)